Wednesday, February 1, 2012

DUGAAN MENGHAPUSKAN PENYAKIT

Hadis: Dari Abdullah r.a katanya : “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika beliau sakit , lalu ku sentuh baginda seraya berkata : “Ya Rasulullah ! Demam anda bertambah teruk. Jawab baginda , ‘memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “ Semoga  anda mendapat pahala berganda pula. “Jawab baginda : Semoga! Kemudian sabda baginda pula: “ Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”(Muslim)
Huraian:
Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi “kaffarah” (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang di timpa bencana itu. Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian: dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yg menerima ujian itu dgn redha maka dia akan beroleh keredhaan Allah dan sesiapa yg bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah.” (at Tirmizi dan Ibn Majah)


No comments:

Post a Comment