Tuesday, August 30, 2011

RAMADHAN BERLALU SYAWAL PULA BERTEMU..

Bismillahirahmanirahim.....

Assalamualaikum.....

lame rase nye sy x update blog nie...hehehe....alhamdulillah...entri kali nie sy taip dimalam 1 syawal..alhamdulillah..selesai sudah sbulan kte berada di dalam akademi ramadhan nie....hehe..mesti mcm2 yg kite dpat dlm akademi rmadhan tahun nie kan??mesti ade yg sonok...sdey....lucu dan yg lain2 lah....

bermula nya 1 syawal nie semua umat islam di lepaskan sbagai graduasi baru yang lahir dari  akademi ramadhan ini.......latihan dan tarbiyah telah dijalani oleh graduasi2 selama sbulan dalam akademi ini...mungkin ade gradusi yang dikeluarkan berkualiti tinggi dan ade juga yg hanya suam2 kuku.......moga2 latihan seperti menahan lapar dan dahaga...menahan amarah...menahan nafsu serakah..menahan pndangan mata...menahan pertuturan kata dapat diaplikasikan ke dalam kehidupan di dalam bulan yang mendatang..


Sayu dan pilu mula terasa bila mendengar takbir dilaungkan kerana ini menandakan ramadhan berlalu pergi meninggalkan kita...apakah lagi kan bertemu kita nanti wahai bulan rahmat??pastikan ku rindui malam2 mu yang begitu tenang buat ku....walaubagaimanapun semangat meraikan kemenangan umat islam..semangat meraikan syawal masih lg menyala dalam diri ku......walaupun tiada orang yg teramat penting bg diri ku.....orang yang selalu menyalakan semangat ku... :) moga rohnya dicucuri rahmat...


kepada sahabat yang membaca entri nie...dipagi syawal nanti bermaaf-maafanlah moga diampunkan segala dosa2 kita....terutama pada kedua ibubapa kalian..rebutlah pluang ini slagi ALLAH tidak menarik nikmat kedua2nya...mudahkanlah untuk meminta maaf dan memberi maaf kepada orang lain............moga terhapus segalaa dosa2 kita.. :) sy rasa stakat nie je la yg sy nak kongsi wat masa nie..mudah2an ade manfaat pada sahabat2 sume ea...
wassalam.......




                                                                                                                                     widad@raiha :)






Friday, August 19, 2011

kisah sebuah perkahwinan..

Bismillahirrahmanirrahim.

Semakin hampir hari akad nikah semakin banyak soalan yang diutarakan kepada ana, pelbagai bentuk dan beraneka corak bahasa membuahkan cantuman perasaan yang saling bertindak. Akhirnya ana hanya membiarkan hati monolog sepi tanpa melontarkan apa-apa jawapan yang diperlukan, biarlah muhasabah sendiri.

"Insyirah, kahwin nanti enti pakai niqab?"

"Insyirah, akad nikah tak payah la pakai niqab."

"Insyirah, untuk wedding tak payah la berniqab. Just for your day, semua orang mesti nak tengok pengantin."

"Insyirah, buka je la niqab tu masa wedding. Lagipun muka bukan aurat."

Begitulah corak soalan yang diberikan, ada yang provokasi dan dalam masa yang sama ada sahabiyah yang memberi semangat dan galakan. Tapi, ana 'berdiri' bukan kerana siapa dibelakang atau hadapan mahupun kiri dan kanan ana. 'Berdiri' kerana Dia yang setia menemani, tetap berkeras hati dan hanya melemparkan senyuman setiap kali diprovokasi tentang niqab.

Dalam keluarga, hanya ana yang memakai niqab. Di pihak keluarga sebelah abi mahupun ummi, hanya ana yang berniqab. Ana sedia maklum cabaran dan dugaan untuk mempertahankan sesuatu yang tidak dilakukan oleh orang kebanyakan. Ana tidak syadid, ana juga tidak memegang hujah muka adalah aurat maka tidaklah wajib untuk berniqab (seperti yang diperkatakan orang) tetapi bila muhasabah semula, ana berniqab bukan untuk sesiapa tapi ana berniqab sebab ana nak berniqab dan Allah sentiasa di sisi menemani setiap pahit dan manis.

Sentiasa ana katakan, ini jalan ana. Ana yang pilih dan ana sendiri harus perjuangkan. Alhamdulillah, ummi dan abi tidak membantah mahupun memaksa. Mereka memberi ana membuat pilihan sendiri sama ada mahu memakai niqab mahupun membuka niqab semasa akad nikah dan walimah setelah ana berbicara hati ke hati dengan mereka, sekadar meluahkan sedikit perasaan yang terbuku selepas di asak dan di hentak sekeliling.

"Buka je niqab tuuuu..."

Diam. Senyum saja. Itu yang mampu ana lakukan, hati monolog dan terus berlagu sendiri. Jangan sedih, Allah bersama. Sebelum memilih untuk memakai niqab pun, ana sudah istikharah bukan sekali dua tetapi berkali-kali dan sebelum memutuskan untuk memakai niqab, ummi terlebih dahulu memberi nasihat yang sehingga kini ana pegang.

"Sebelum niqab, ada ujian-ujiannya. Selepas dah berniqab nanti lebih banyak ujian, ummi tak nak Syirah pakai niqab suka-suka sekadar nak pakai tapi pakailah sungguh-sungguh. Banyak ujian untuk orang pakai niqab ni."

Nasihat keramat dari ummi, lahir dari hati ummi dan sehingga kini ana kekalkan di dalam hati ana.

"Pakai niqab guna kain yang jarang la... Nampak muka samar-samar."

Subhanallah. Terdiam, senyum saja. Bening mata semakin layu. Kelopak mata jadi sayu, janganlah dibiarkan air mata gugur di hadapan manusia kerana seorang pejuang itu tidak lemah bahkan kelihatan sangat gagah di hadapan manusia sedangkan di hadapan Tuhan dia tunduk menangis tersedu sendiri. Itulah seorang pejuang, di hadapan manusia sentiasa kelihatan gagah kerana hatinya bersalut yakin dengan pertolongan Tuhan.

"Ustaz, masa akad nikah nanti... Ana pakai niqab takpa ye."

SMS dilayangkan kepada tunang. Dalam bertanya, sebenarnya mahukan kekuatan.

"Khair, insya Allah. Akad nikah nanti hanya saudara terdekat je kan? Kalau tak berniqab pun tak apa, tapi ikutlah keselesaan."

Akhirnya semasa membeli kain untuk baju akad nikah dan kahwin, ana membeli kain tudung bidang 60 dan ana minta 2 meter.

"Ummi, kain tudung beli 2 meter. Tudung dan niqab."

Ummi dan abi tak banyak bersoal, mereka lebih tahu gelora hati puteri sulung mereka.

Disebabkan pakaian untuk pengantin, makanya tukang jahit mahu menyulam dan itu ini begitu dan begini. Ana diam, berfikir sambil monolog. Antara iman dan qarin saling bertelagah. Akhirnya ana tersenyum. This is my day, please respect my choice.

"Kak, baju saya ni longgar tau. Saya tak nak shape, tak nak cutting."

Pastinya lebih dari 3x ana memesan kepada tukang jahit. Selepas siap, abi mengambil baju yang ditempah. Pertama kali tengok, ana termenung dan hampir menitis air mata. Macam nak menjerit rasanya, terus tangan mencapai talifon bimbit dan meluahkan perasaan pada ukhti. Dugaan sungguh. Baju lace untuk jubah sangatlah mengikut bentuk badan di bahagian pinggang manakala jubah di bahagian (lapisan) dalam besar, makanya baju menjadi kembung di sana dan sini. Lengan di bahagian tangan juga singkat. Subhanallah. Baju pengantin macam ni?

"Nanti ummi buangkan span."

Ummi cuba 'memujuk' selepas melihat ana ternganga.

"Pakai tudung tak nampak dah..."

Abi cuba memujuk. Ana masih berdiri di hadapan cermin, mahu saja ana menjerit. Usah 'dimain' dengan ana, silap hari ana selongkar almari pakai jubah yang selalu dipakai je. Huhuhu... Solat hajat hari-hari minta Allah permudahkan dan istikharah pohon Dia berikan yang terbaik buat hamba Nya.

Alhamdulillah, sehari sebelum akad nikah my bestfriend forever suruh pakai baju pengantin dan mereka tercengang. Hehehe, memang baju pengantin sangat 'kelakar' dan ana sabarkan diri selain cuba redha dengan baju 'kartun' tersebut. Pusing-pusing seperti model, akhirnya mereka mencadangkan pengubahsuaian dilakukan terhadap design baju pengantin. Semasa bersiap semasa hari walimah, selepas sahabat-sahabat siapkan ana abang sulung (yang juga pengantin) masuk melihat ana.

"Nampak gemuk la... Cuba pin sikit di bahagian ni." (Abang menarik jubah ana pada bahagian yang beliau rasakan 'hodoh')

Tadaaa... Hasilnya jadilah seperti hari walimah 29 Mei 2010 tersebut. Alhamdulillah.

Allah sengaja nak uji untuk melihat bagaimana ana yakin dengan pertolongan Allah :)

~ Kisah Make-Up ~

Jujur, ana tidak pernah make-up dan memakai kasut bertumit. ^_^

Untuk walimah, ummi meminta ana untuk berkasut tumit. Redha sajalah. Walaupun tahu tulang belakang akan terbeban apabila memakai kasut bertumit tapi untuk ummi tercinta, apa salahnya ana berkorban sedikit selepas ummi berkorban banyak perkara buat ana.

Masa akad nikah, buat pertama kali dalam sejarah ana telah 'dikerjakan' oleh sepupu-sepupu. Solekan dibuat oleh Kak Cik, rasa muka macam alien. Touch up mata oleh Angah, terasa seperti bukan diri sendiri. Pening juga kepala apabila veil dan crown diletakkan atas kepala dengan muka yang diletak 'tepung' dan mata yang seperti 'menipu'. Sabar je lah, macam nak ketawa melihat wajah sendiri.

"Ini untuk suami. Lepas akad nikah, buka la niqab."

Mereka mengusik tak henti-henti.

"Bersolek untuk suami jadi ibadah, bersolek pada ajnabi jadi fitnah."

Ana mengenyitkan mata. Menahan gelora emosi dengan 'wajah alien' dan pening kepala. Tapi, Allah nak menjaga... Masya Allah, Dia sentiasa membantu dan terus setia bersama ana. Selepas akad, jamuan kecil diadakan di masjid. Ana cuba membuka niqab, malangnya ada jarum peniti yang dicucuk pada tudung dan veil turut terkena pada niqab. ^_~ Tengok saja orang makan, ana makan yang kering-kering saja, selak niqab dari bawah. Alhamdulillah.

Makanya, wajah alien ana tidak dilihat oleh sesiapa apatah lagi suami. Lalalalalaaaaa...

Hari walimah (sehari selepas akad nikah) ana disolek sekali lagi oleh kawan abang (perempuan) yang turut hadir semasa majlis akad dan walimah. Beliau menawarkan khidmat menyolek ana. Berkali-kali ana pesankan.

"Light ye, jangan tebal-tebal."

Pada semua bahagian disolek tipis. Ana bukan saja tidak selesa tapi bimbang solekan jadi tatapan selain dari suami. Tabarruj, berkali-kali ana tersenyum setiap kali suara menyuruh ana membuka niqab. Ana berkeras dalam diam, senyuman tetap mewarnai wajah walaupun hati bagai diketuk dan hentak. Bersyukur, mempertahankan niqab telah menyelamatkan ana dari tabarruj dan dalam masa yang sama ana menyelamatkan suami dari menjadi dayus apabila membiarkan isterinya melakukan apa yang Allah larang. Alhamdulillah!

Selesai majlis walimah. Buat pertama kalinya suami melihat ana dalam keadaan bersolek, beliau memandang ana pelik. Huhu, dalam keadaan segan yang amat duduk depan lelaki yang selama ini 'asing', dipandang pula dalam keadaan pelik lagi lah malu. Akhirnya, sama-sama tunduk. Ana minta diri dan cuci solekan, baru nampak suami tersenyum.

"Tak make-up lagi cantik."

'See... I told you already...' Monolog kecil dalam hati membayangkan satu per satu wajah yang memaksa ana bersolek untuk suami. Ahaks! Padahal ana sendiri pelik apabila melihat wajah di hadapan cermin, sehingga hari ini rasa nak ketawa bila memikirkan kenangan tersebut.

"Kak, boleh tak nak tengok gambar akak pakai make-up tanpa purdah?"

Adinda yang dikasihi memujuk semasa ana berziarah ke rumahnya.

"Boleh, ini dan ini..."

"Akak.... (sensored)"

Alhamdulillah, walimah di rumah zauj di Kelantan... Rasa selamba sangat, ana tidak diproses dengan solekan bahkan ana bersiap sendiri. Ngeeeee. Finally, kakak ipar dan abang menyiapkan ana pada bahagian veil dan crown. Kemudian, suami yang membuka veil dan crown untuk ana :) Allah nak menjaga, rupanya di rumah suami... Saudara-saudara terdekat suami nak melihat ana tanpa niqab. Ada hikmah rupanya ana tidak 'dikerjakan' oleh sesiapa. Alhamdulillah.

Ana bukan bidadari dari kayangan yang putih gebu, berkulit halus, bermata galak, bibir merah bak delima, hidung mancung seperti si polan atau si polan, pipi gebu bak kueh apam. Ana hanya seorang Insyirah yang mahu setia menjadi bidadari hanya untuk suami, ana hanya mahu cantik di hadapan suami... Izinkanlah ana untuk terus menjadi bidadari untuknya...

Pada niqabis, "Apabila kamu berazam maka tawakkallah kepada Allah" itu saja yang mampu ana kongsikan. Allah sentiasa membantu. Allah yang beri ujian, Dia pasti akan memujuk dengan cara dan kehendak Nya. Insya Allah :)

Cup Of Love,
Insyirah Soleha
Baiti Jannat

Thursday, August 11, 2011

cinta?

Cinta Sesama Mukmin


Interaksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan aset utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh.

Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya. Malah mengherdik ibubapa yang bererti merungkaikan talian cinta kepada keduana adalah merupakan dosa besar sebagaimana yang disebut di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh:


Abu Bakrah r.a katanya:
“Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu..”(Hadis riwayat Bukhari, no. 5519, Muslim : no. 126)

Alangkah indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan menyintai kedua ibubapanya yang telah melalui susah payah untuk membesarkan anak-anak mereka. Di manakah lagi keindahan yang lebih menyerlah selain daripada yang terdapat di dalam Islam yang mengajar umatnya dengan pesanan :

“..Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Surah Israk, ayat 24)

Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Hayatilah betapa dalamnya maksud firman Allah SWT :

“..Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)... (Surah Al-Fath, ayat 29)

Malah, Al-Quran sendiri menukilkan betapa pujian melangit yang diberikan oleh Allah SWT kepada golongan Ansar yang ternyata menyintai golongan Muhajirin dengan cinta suci yang berasaskan wahyu Ilahi. Malah dalam keadaan mereka berhajat sekalipun, keutamaan tetap diberikan kepada saudara-saudara mereka dari golongn Muhajirin.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“..Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. ..”
(Surah Al-Hasyr, ayat 9)

Bukankah ini yang telah diajar oleh Islam? Maka di tengah-tengah kecaman keganasan yang dilemparkan kepada Islam pada hari ini, kenapa tidak masyarakat antarabangsa malah umat Islam sendiri melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam? Namun, betapa agungnya cinta di dalam Islam, begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya agar sama sekali tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.Itulah cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya.

Cinta Dunia Remaja :

Tragedi Yang Menyayat Hati Tidak ada orang yang boleh mendakwa dirinya lari daripada mainan perasaan. Asal saja ia bernama manusia, maka sekaligus dirinya akan dicuba dengan mainan nafsu yang bagaikan lautan ganas yang begitu kuat bergelombang. Salah satu darinya ialah mainan cinta.Tidak sedikit orang yang rebah kerana cubaan ini. Dalam berbicara persoalan peringkat pembinaan ‘cinta lutong’,

As-Syauqi pernah bermadah :
Benar kata Syauqi, cinta lutong ini bermula dengan mainan mata yang tidak mempunyai sempadannya, ia kemudiannya diikuti dengan sahutan suara dan saling berhubung. Sampai peringkat tersebut, amat sukar sekali bagi pasangan cinta untuk tidak bertemu dan berdating sekaligus mendedahkan diri kepada aksi yang lebih hebat. Oleh kerana itulah, Islam dalam menjaga kesucian cinta dari dicemari oleh unsur-unsur nafsu meletakkan batasan pandangan seorang muslim dan muslimah.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan...”
(Surah An-Nuur, ayat 30)

Betapa bahayanya cinta lutong ini boleh dilihat apabila pasangan yang dhanyutkan olehnya tidak akan berupaya untuk berfikir secara waras lagi. Setiap detik dan masa yang berlalu tidak akan sunyi dari memikirkan persoalan cinta mereka. Setiap saat, jiwa sudah tidak mampu lagi untuk tenteram sekiranya tidak didodoikan dengan suara halus dan lunak yang berbicara dengan kata-kata yang hanya layak diperdengarkan di dalam kelambu. Sudah berkubur cita-cita perjuangan dan sudah lebur harapan masyarakat yang dipikulkan di atas bahu, yang ada hanyalah kehendak memuaskan hati pasangan masing-masing. Lantas, di saat demikian, layakkah orang yang hanyut ini diharapkan memikul tanggungjawab melaksanakan tugas penting membimbing masyarakat?Apakah penyelesaian terhadap permasalahan ini? Jalan yang paling baik ialah perkahwinan.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
“..Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu..”
(Bukhari : no. 1772, Muslim : no. 2485)
Selain daripada perkahwinan yang tentunya merupakan perkara yang hampir mustahil untuk dilaksanakan dalam dunia seorang penuntut ilmu, maka Rasulullah SAW mencadangkan puasa sebagai jalan terbaik melepaskan diri dari kekangan nafsu yang meronta-ronta. Selain daripada itu, Islam sama-sekali tidak membuka pintu yang lain. Selain daripada perkahwinan, tidak dapat tidak, hanyalah kawalan terhadap jiwa mampu menyelamatkan diri sendiri dari turut terjun dalam arus ganas cinta lutong.
Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan adalah cinta palsu yang walaupun dihiasi dengan rayuan-rayuan halus namun ia adalah panggilan-panggilan ke lembah kebinasaan! Dan sekalipun kekosongan jiwa daripada cinta lutong secara zahirnya adalah penderitaan dan kesunyian yang begitu hebat, namun itulah hakikat cinta sejati kepada Allah. Andainya hati dihiasi dengan rayuan-rayuan syaitan yang seringkali mengajak ke arah melayan perasaan, maka hilanglah di sana cita-cita agung untuk menabur bakti kepada Islam sebagai medan jihad dan perjuangan.
Percayalah, masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlalu dalam hidup. Ia tidak akan berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Monday, August 8, 2011

bila lelaki benar2 mencintai wanita..? jgn sampai ketepikan Allah...

Tanda LELAKI benar-benar jatuh cinta...!!     ” female n male.. zaman skang boy lagi manja dari gurl “   Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.(wow..dasyat!!)     Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:   1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.   2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.   3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.   4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.   5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.   6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.   7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.   8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.   9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.   10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.   11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.   12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.   13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.   14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.   15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.   16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.   17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.   18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.   19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.   20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.   21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.   22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.   23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.HARGAILAH MEREKA   Kepada semua wanita yang bertuah menerima cinta sebegini dari seorang lelaki… Hargailah mereka seadaanya… kerna jika seorang lelaki itu menangis ditinggalkan teman wanitanya, lihatlah, bertapa bodohnya wanita itu…         DAN LELAKI YANG SUKA AMBIL KESEMPATAN ADALAH BUKAN JENIS YANG BENAR-BENAR MENCINTAI ANDA...!!!       Lelaki yang mencintai pasangannya akan menghargai kekasihnya sehingga hendak bersentuhan pun rasa terlalu sayang kerana dia tahu setelah kekasihnya itu berkahwin dengannya, maka itu baru menjadi milik mutlaknya.... itu baru dinamakan BENAR-BENAR sayang dan cinta...

Monday, August 1, 2011

jadikan dia milikku..

hari ini aku mendengar suara dan melihat wajah nya...sayu menyusup masuk keseluruh kalbu ku...airmata ingin bertaburan namun ego menahan dan ku membalas dengan senyuman,....kesabaran menjadi pendinding apabila melihat insan yang pernah di sayangi, hari ini menjadi milik orang lain..hanya senyuman pengubat luka..teman dan kawan pengilap hiba...bila malam kesunyian ku terasa begitu pilu,,..bintang menjadi kawan...bulan menjadi teman....hari makin hari berlalu....kenangan yang tercipta antara aku dan die x mmpu ku pdam...malah makin kuat terpahaat dn membeku di hati ku......hati perit tidak terkata.. apabila berhadapan namun tiada sebutir kata yang terungkap..hanya sandiwara semata2..senyuman menjadi penutup kehibaan...ketawa menjadi pembela kesedihan...namun aty menangis dan merintih tanpa siapa yg tahu.....teresak2 di hati menahan kesedihan...terungkap sebaris kata "mengapa semua ini berlaku diantara kita....sedang kan aku skit pun xpernah mempermainkan mu..ku ketepikan keegoaan....x ku peduli segala kpeentingan....." namun semua sia2....xdapat di dengar oleh sidia ape ungkapan hati ini.......malam kembali tiba...sejak tragedi itu hidup ku sunyi tanpa mu...hidup ku kosong...hnya tggal semua kenangan dulu....kini sayu memeluk tubuh ku....angin lembut meniup bagai mengusap lembut pipi ku..menambahkan lagi suasana sayu....terdengar dan terimbas semua kata2 mu...satu persatu bermain di fikiran ku....mmbuat kan ku x menentu.....lantas ku bangun dan menghamparkan hamparan untuk menghadap mu....ku cuba mencapai kesempurnaan wudhuk untuk ku merasa nikmta khusyukmu....takbir diangkat..laungan Allah maha besar di ungkapkan seiring dengan kesepaduan hati yg lemah...jiwa yang gundah...ku rasa kan gegaran hati,...membuat kan ku mersas diri ini benar2 lemah dan hina dihadapan mu ya Allah...lantas berjujuran mutiara putih yang kluar di sebalik kelopak mata mu.....sehinnga ke akhir soalt sunat yg ku lakukan airmta ini tidak berhenti2..sesudah itu...aku mengangkat tangan dan tunduk menandakan aku seorang hamba yang benar2 lemah dan sentiassa memerlukan pertolongan mu... " YA ALLAH kau kuat kan lah semnagat ku...kau tabahkan lah hati ku untuk menghadapi ujian mu..ya allah andai benar die tercipta untuk ku...kau getar kan gati nya sperti mana bergetar nya htiku...ya allah andai benar die bkan tercipta untukku...maka kau jauhkan lah hati ku dan hati nya...tp jagn kau campak kan kebencian dalam aty ku pda dirinya....ya allah jadikannya milikku.. "

renungan hidup.....

hidup mesti diteruskan dan kenangan perlu di padamkan.
jangan merungut tetapi fikirkan hari esok.
jika kita membelakangkan matahari ,
kita hanya melihat bayang2 sendiri,
pandanglah kehadapan,
sinaran akan meyambut hangat d
an mengusir segala kedinginan yg membeku dalam duka semalam.