Bismillahirrahmanirrahim.
Semakin  hampir hari akad nikah semakin banyak soalan yang diutarakan kepada  ana, pelbagai bentuk dan beraneka corak bahasa membuahkan cantuman  perasaan yang saling bertindak. Akhirnya ana hanya membiarkan hati  monolog sepi tanpa melontarkan apa-apa jawapan yang diperlukan, biarlah  muhasabah sendiri.
"Insyirah, kahwin nanti enti pakai niqab?"
"Insyirah, akad nikah tak payah la pakai niqab."
"Insyirah, untuk wedding tak payah la berniqab. Just for your day, semua orang mesti nak tengok pengantin."
"Insyirah, buka je la niqab tu masa wedding. Lagipun muka bukan aurat."
Begitulah  corak soalan yang diberikan, ada yang provokasi dan dalam masa yang  sama ada sahabiyah yang memberi semangat dan galakan. Tapi, ana  'berdiri' bukan kerana siapa dibelakang atau hadapan mahupun kiri dan  kanan ana. 'Berdiri' kerana Dia yang setia menemani, tetap berkeras hati  dan hanya melemparkan senyuman setiap kali diprovokasi tentang niqab.
Dalam  keluarga, hanya ana yang memakai niqab. Di pihak keluarga sebelah abi  mahupun ummi, hanya ana yang berniqab. Ana sedia maklum cabaran dan  dugaan untuk mempertahankan sesuatu yang tidak dilakukan oleh orang  kebanyakan. Ana tidak syadid, ana juga tidak memegang hujah muka adalah  aurat maka tidaklah wajib untuk berniqab (seperti yang diperkatakan  orang) tetapi bila muhasabah semula, ana berniqab bukan untuk sesiapa  tapi ana berniqab sebab ana nak berniqab dan Allah sentiasa di sisi  menemani setiap pahit dan manis.
Sentiasa ana katakan, ini jalan ana. Ana yang pilih dan ana sendiri harus perjuangkan.  Alhamdulillah, ummi dan abi tidak membantah mahupun memaksa. Mereka  memberi ana membuat pilihan sendiri sama ada mahu memakai niqab mahupun  membuka niqab semasa akad nikah dan walimah setelah ana berbicara hati  ke hati dengan mereka, sekadar meluahkan sedikit perasaan yang terbuku  selepas di asak dan di hentak sekeliling. 
"Buka je niqab tuuuu..."
Diam.  Senyum saja. Itu yang mampu ana lakukan, hati monolog dan terus berlagu  sendiri. Jangan sedih, Allah bersama. Sebelum memilih untuk memakai  niqab pun, ana sudah istikharah bukan sekali dua tetapi berkali-kali dan  sebelum memutuskan untuk memakai niqab, ummi terlebih dahulu memberi  nasihat yang sehingga kini ana pegang.
"Sebelum  niqab, ada ujian-ujiannya. Selepas dah berniqab nanti lebih banyak  ujian, ummi tak nak Syirah pakai niqab suka-suka sekadar nak pakai tapi  pakailah sungguh-sungguh. Banyak ujian untuk orang pakai niqab ni."
Nasihat keramat dari ummi, lahir dari hati ummi dan sehingga kini ana kekalkan di dalam hati ana.
"Pakai niqab guna kain yang jarang la... Nampak muka samar-samar."
Subhanallah.  Terdiam, senyum saja. Bening mata semakin layu. Kelopak mata jadi sayu,  janganlah dibiarkan air mata gugur di hadapan manusia kerana seorang  pejuang itu tidak lemah bahkan kelihatan sangat gagah di hadapan manusia  sedangkan di hadapan Tuhan dia tunduk menangis tersedu sendiri. Itulah  seorang pejuang, di hadapan manusia sentiasa kelihatan gagah kerana  hatinya bersalut yakin dengan pertolongan Tuhan.
"Ustaz, masa akad nikah nanti... Ana pakai niqab takpa ye."
SMS dilayangkan kepada tunang. Dalam bertanya, sebenarnya mahukan kekuatan.
"Khair, insya Allah. Akad nikah nanti hanya saudara terdekat je kan? Kalau tak berniqab pun tak apa, tapi ikutlah keselesaan."
Akhirnya semasa membeli kain untuk baju akad nikah dan kahwin, ana membeli kain tudung bidang 60 dan ana minta 2 meter.
"Ummi, kain tudung beli 2 meter. Tudung dan niqab."
Ummi dan abi tak banyak bersoal, mereka lebih tahu gelora hati puteri sulung mereka.
Disebabkan  pakaian untuk pengantin, makanya tukang jahit mahu menyulam dan itu ini  begitu dan begini. Ana diam, berfikir sambil monolog. Antara iman dan  qarin saling bertelagah. Akhirnya ana tersenyum. This is my day, please respect my choice.
"Kak, baju saya ni longgar tau. Saya tak nak shape, tak nak cutting."
Pastinya  lebih dari 3x ana memesan kepada tukang jahit. Selepas siap, abi  mengambil baju yang ditempah. Pertama kali tengok, ana termenung dan  hampir menitis air mata. Macam nak menjerit rasanya, terus tangan  mencapai talifon bimbit dan meluahkan perasaan pada ukhti. Dugaan  sungguh. Baju lace untuk jubah sangatlah mengikut bentuk badan di  bahagian pinggang manakala jubah di bahagian (lapisan) dalam besar,  makanya baju menjadi kembung di sana dan sini. Lengan di bahagian tangan  juga singkat. Subhanallah. Baju pengantin macam ni?
"Nanti ummi buangkan span."
Ummi cuba 'memujuk' selepas melihat ana ternganga.
"Pakai tudung tak nampak dah..."
Abi  cuba memujuk. Ana masih berdiri di hadapan cermin, mahu saja ana  menjerit. Usah 'dimain' dengan ana, silap hari ana selongkar almari  pakai jubah yang selalu dipakai je. Huhuhu... Solat hajat hari-hari  minta Allah permudahkan dan istikharah pohon Dia berikan yang terbaik  buat hamba Nya.
Alhamdulillah, sehari sebelum akad nikah my bestfriend forever  suruh pakai baju pengantin dan mereka tercengang. Hehehe, memang baju  pengantin sangat 'kelakar' dan ana sabarkan diri selain cuba redha  dengan baju 'kartun' tersebut. Pusing-pusing seperti model, akhirnya  mereka mencadangkan pengubahsuaian dilakukan terhadap design baju  pengantin. Semasa bersiap semasa hari walimah, selepas sahabat-sahabat  siapkan ana abang sulung (yang juga pengantin) masuk melihat ana.
"Nampak gemuk la... Cuba pin sikit di bahagian ni." (Abang menarik jubah ana pada bahagian yang beliau rasakan 'hodoh')
Tadaaa... Hasilnya jadilah seperti hari walimah 29 Mei 2010 tersebut. Alhamdulillah.
Allah sengaja nak uji untuk melihat bagaimana ana yakin dengan pertolongan Allah :)

~ Kisah Make-Up ~
Jujur, ana tidak pernah make-up dan memakai kasut bertumit. ^_^
Untuk  walimah, ummi meminta ana untuk berkasut tumit. Redha sajalah. Walaupun  tahu tulang belakang akan terbeban apabila memakai kasut bertumit tapi  untuk ummi tercinta, apa salahnya ana berkorban sedikit selepas ummi  berkorban banyak perkara buat ana.
Masa akad nikah, buat pertama kali dalam sejarah ana telah 'dikerjakan' oleh sepupu-sepupu. Solekan dibuat oleh Kak Cik, rasa muka macam alien. Touch up mata oleh Angah, terasa seperti bukan diri sendiri. Pening juga kepala apabila veil dan crown  diletakkan atas kepala dengan muka yang diletak 'tepung' dan mata yang  seperti 'menipu'. Sabar je lah, macam nak ketawa melihat wajah sendiri.
"Ini untuk suami. Lepas akad nikah, buka la niqab."
Mereka mengusik tak henti-henti.
"Bersolek untuk suami jadi ibadah, bersolek pada ajnabi jadi fitnah."
Ana  mengenyitkan mata. Menahan gelora emosi dengan 'wajah alien' dan pening  kepala. Tapi, Allah nak menjaga... Masya Allah, Dia sentiasa membantu  dan terus setia bersama ana. Selepas akad, jamuan kecil diadakan di  masjid. Ana cuba membuka niqab, malangnya ada jarum peniti yang dicucuk  pada tudung dan veil turut terkena pada niqab. ^_~ Tengok saja orang  makan, ana makan yang kering-kering saja, selak niqab dari bawah.  Alhamdulillah.
Makanya, wajah alien ana tidak dilihat oleh sesiapa apatah lagi suami. Lalalalalaaaaa...
Hari  walimah (sehari selepas akad nikah) ana disolek sekali lagi oleh kawan  abang (perempuan) yang turut hadir semasa majlis akad dan walimah.  Beliau menawarkan khidmat menyolek ana. Berkali-kali ana pesankan.
"Light ye, jangan tebal-tebal."
Pada semua bahagian disolek tipis. Ana bukan saja tidak selesa tapi bimbang solekan jadi tatapan selain dari suami. Tabarruj,  berkali-kali ana tersenyum setiap kali suara menyuruh ana membuka  niqab. Ana berkeras dalam diam, senyuman tetap mewarnai wajah walaupun  hati bagai diketuk dan hentak. Bersyukur, mempertahankan niqab telah  menyelamatkan ana dari tabarruj dan dalam masa yang sama ana  menyelamatkan suami dari menjadi dayus apabila membiarkan isterinya  melakukan apa yang Allah larang. Alhamdulillah!
Selesai  majlis walimah. Buat pertama kalinya suami melihat ana dalam keadaan  bersolek, beliau memandang ana pelik. Huhu, dalam keadaan segan yang  amat duduk depan lelaki yang selama ini 'asing', dipandang pula dalam  keadaan pelik lagi lah malu. Akhirnya, sama-sama tunduk. Ana minta diri  dan cuci solekan, baru nampak suami tersenyum.
"Tak make-up lagi cantik."
'See... I told you already...'  Monolog kecil dalam hati membayangkan satu per satu wajah yang memaksa  ana bersolek untuk suami. Ahaks! Padahal ana sendiri pelik apabila  melihat wajah di hadapan cermin, sehingga hari ini rasa nak ketawa bila  memikirkan kenangan tersebut.
"Kak, boleh tak nak tengok gambar akak pakai make-up tanpa purdah?"
Adinda yang dikasihi memujuk semasa ana berziarah ke rumahnya.
"Boleh, ini dan ini..."
"Akak.... (sensored)"
Alhamdulillah,  walimah di rumah zauj di Kelantan... Rasa selamba sangat, ana tidak  diproses dengan solekan bahkan ana bersiap sendiri. Ngeeeee. Finally,  kakak ipar dan abang menyiapkan ana pada bahagian veil dan crown. Kemudian, suami yang membuka veil dan crown  untuk ana :) Allah nak menjaga, rupanya di rumah suami...  Saudara-saudara terdekat suami nak melihat ana tanpa niqab. Ada hikmah  rupanya ana tidak 'dikerjakan' oleh sesiapa. Alhamdulillah.
Ana  bukan bidadari dari kayangan yang putih gebu, berkulit halus, bermata  galak, bibir merah bak delima, hidung mancung seperti si polan atau si  polan, pipi gebu bak kueh apam. Ana hanya seorang Insyirah yang mahu  setia menjadi bidadari hanya untuk suami, ana hanya mahu cantik di  hadapan suami... Izinkanlah ana untuk terus menjadi bidadari untuknya...
Pada niqabis, "Apabila kamu berazam maka tawakkallah kepada Allah"  itu saja yang mampu ana kongsikan. Allah sentiasa membantu. Allah yang  beri ujian, Dia pasti akan memujuk dengan cara dan kehendak Nya. Insya  Allah :)
Cup Of Love,
Insyirah Soleha
Baiti Jannat